Tatkala memilih seorang pemimpin, banyak ciri ciri personaliti perlu diambil kira apabila membuat pertimbangan. Terutama sebagai pemimpin politik, yang didukung melalui sistem demokrasi, ciri seperti sifat angkuh dan sombong selalu difikirkan berkali kali sebelum pertimbangan dibuat.
Apabila seseorang itu diberikan kuasa atau diangkat sebagai pemimpin, sering kali mereka akan ‘lupa diri’, atau kadang kadang lebih tepat lagi, ‘lupa daratan’. Bagaimana “sikudung dapat cincin”, mungkin ada personaliti dalam masa yang singkat sahaja mula bermegah megah dan akhirnya, mabuk kuasa. Dalam keadaan ‘mabuk kuasa’, mudah bagi seseorang menjadi angkuh dan ‘menongkat langit’. Ini lebih menyerlah bagi personaliti yang diangkat dari tiada apa apa untuk dijadikan penguasa kepada domain yang paling maju dan makmur seluruh negara.
Dalam sindrom ‘mabuk kuasa’ sehingga naik menjadi angkuh, mungkin ada diantara kita akan mengambil tindakan untuk mengaibkan orang lain. Keadaan semasa dan setempat, terutama dengan kuasa dan penghormatan yang diberikan masyarakat, mungkin amatlah mudah seseorang untuk leka dan hanyut dengan ‘kuasa’. Maka, tindakan yang diambil dalam psiki demikian seringkali akan mengaibkan, setidak tidaknya melukakan hati orang lain.
Sejarah Melayu pernah mengisahkan bagaimana seorang pemimpin wajar mengelakan keangkuhan yang membawa kepada tindakan untuk mengaibkan orang lain berlaku:
Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba. Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”
Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah tuanku.Tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, (maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.
Maka titah Seri Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.”
Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wa taala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.
Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.
Sejarah Melayu
Malangnya, ianya berlaku. Walaupun cuba dijustifikasikan, politik merupakan permainan yang berdasarkan persepsi dan sedikit emosi. Ini jelas apabila ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008, apabila BN kalah diluar dugaan dalam negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Ini termasuk Wilayah Persekutuan. Yang nyatanya, pada budaya dan psiki orang Melayu, ada alatan memang dalam apa keadaan dan alasan sekalipun tidak wajar disimbolkan. Keangkuhan ini menjadi penghinaan dan untuk jangkamasa lama, rakyat akan sentiasa akan ingat peristiwa ini.
Dalam apa keadaan pun, politik merupakan permainan persepsi. Ujian asid (acid test) paling mudah ialah apabila pendapat masyarakat umum diselidik. Selepas PRU 12, banyak sudah dan perlu dipelajari mengenai aspirasi dan emosi rakyat keatas pemimpin dan prestasi kejayaan/kegagalan politik yang mereka bawa. Mungkin ada pemimpin yang dewasa ini amat mudah bermesra dengan akar umbi, terutama Perwakilan G6 dan G7 ke Pehimpunan Agung UMNO Mac 2009. Populariti kerana mulut manis, ramah mesra dan sikap bersahaja ala budaya kampung memang menjadi tarikan.
Namun demikian, hakikatnya ialah politik UMNO merupakan politik peringkat negara. UMNO perlu membuat keputusan bukan kerana sikap ‘hubungan awam’ (PR) seseorang semata mata tetapi kebolehan kepimpinan, visi dan kemampuan ‘menghidupkan semula’ (regenerate) UMNO agar keyakinan dan sokongan rakyat kembali. Sekiranya UMNO sebagai tunjang BN salah memilih pemimpin lagi, maka perjalanan akhir akan sudah pasti bermula dari saat ini dan kemungkinan besar ianya tidak akan diperbetulkan.
TEPUK DADA, TANYA SELERA!
*Kommentari artikel ini ialah berdasarkan laporan media mengenai isu yang pernah suatu masa dahulu diketengahkan dan kini ditimbulkan semula
















Masyakarat Bukan Melayu wajar sanggup ‘berkorban’ untuk kepentingan negara
Masyarakat Bukan Melayu, samada parti politik dan/atau NGO, menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenai soal perpaduan yang Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir bawa, melalui saranan beliau sistem sekolah satu sukatan diperingkat seluruh Negara dan sistem sekolah vernakular dimansuhkan.
Laporan Utusan Malaysia pagi ini:
Bukan Melayu tolak
Oleh WARTAWAN UTUSAN
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya daripada organisasi bukan Melayu
Mereka menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir itu sebagai berbaur perkauman dan mahu sistem pendidikan sedia ada dikekalkan.
Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.
‘‘Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan,’’ jelas kenyataan itu.
**********************************************
Hujah Mukhriz ialah polarisasi kaum bermula dengan masyarakat Malaysia terpisah (terbiasa dengan gayahidup yang berbeza) semenjak peringkat usia pembangunan, iaitu sekolah rendah. Orang Melayu dan Bukan Melayu, terutama masyarakat Cina, makin hari makin diasingkan kerana sistem sekolah yang berbeza dan penerapan mereka untuk menerima satu sama lain dalam konteks muhibbah dan perpaduan sebenarnya dibatasi.
Ini lebih diburukan kerana semenjak 20 tahun kebelakangan ini, sistem sekolah vernakular Cina makin meningkat, samada penambahan unit atau pembesaran dan masyarakat Cina hari ini lebih mengutamakan anak anak mereka melalui sistem ini berbanding dengan sekolah kebangsaan. Ini termasuk kawasan urban, walaupun ibu bapa kanak kanak ini sendiri berjaya dibangunkan melalui sistem sekolah kebangsaan dan mendapat pendidikan barat.
Penolakan cadangan Mukhriz ini memberikan tafsiran bahawa masyarakat Bukan Melayu, terutama Cina lebih mengutamakan kepentingan etnik mereka semata mata dan meletakan perpaduan antara kaum sebagai prioriti yang lebih rendah. Mereka amat cemburu mempertahankan kepentingan mereka, membatasi kepentingan negara dan masyarakat yang lebih besar, termasuk menyumbang secara positif kearah proses perpaduan dan integrasi masyarakat. Hak untuk menentukan bahawa pendidikan Cina berkali kali sengaja dipolitikan, sehingga menjadi ‘tebusan politik’ (political ransom).
Rata rata, jika dikaji sistem pendidikan vernakular sekolah Cina sudah tidak lagi relevan. Ini kerana sistem sekolah ini ujud apabila British menerima bahawa masyarakat immigran yang mereka ujudkan dalam negara ini, memerlukan sistem pendidikan yang sealiran dengan negara asal mereka, berbanding sistem Inggeris yang mempunyai sukatan amat berbeza. British dianggap memberi ruang perancangan agar immigran yang mereka bawa ini akan satu hari pulang ke negara asal dan pengadaptasian asas amat penting untuk menentukan proses ‘pengimmigrasian semula’ ini berjalan lancar. Ini dibiarkan berterusan sehingga menjadi ‘norma’ dalam masyarakat Malaysia, walaupun Penyata Pelajaran Razak 1956 mengariskan sebaliknya.
Jika dikaji melalui sudut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia pula, ianya berbeza. Artikel 152 memperuntukan:
Article 152
Tafsiran peruntukan ini bermaksud bahawa bahasa selain bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dibenarkan diajar disekolah sekolah dan bukan dibenarkan pengunaan sebagai bahasa penghantar. Ini juga bermaksud, masyakarat Malaysia dibenarkan mengunakan bahasa ibunda mereka dalam masyakarat.
Oleh demikian, ada pengamal undang undang memberikan tafsiran bahawa peruntukan ini tidak dikuat kuasakan dan selama ini, sistem sekolah vernakular diberikan ruang beroperasi semata mata atas ehsan untuk ‘menghormati kemahuan etnik tertentu’, sesuai dengan semangat setiakawan dan muhibbah. Hari ini, keadaan ini berbeza. Peruntukan artikel ini wajar dikuat kuasakan sepenuhnya kerana sistem sekolah vernakular ini sebenarnya sudah menjadi produktiviti songsang (counter productive) dalam usaha memupuk semangat perpaduan, setiakawan dan muhibbah antara kaum kerana polarisasi dalam masyarakat bermula dengan pengasingan diperingkat usia formatif, melalui sekolah.
Sekiranya masyarakat etnik Bukan Melayu, terutama Cina benar benar ikhlas dan serious untuk menunjukan patriotism mereka sebagai warga Malaysia, maka kepentingan negara perlu diberikan keutamaan berbanding dengan kepentingan kaum. Sistem sekolah vernakular wajar dikorban dalam keikhlasan mereka untuk mendemonstrasi dan reliasasikan hasrat sebagai warga Malaysia yang tulin, dengan iltizam yang tidak berbelah bagi kepada Negara, Raja, Perlembagaan dan sistem masyarakat muhibbah Malaysia. Realitinya, tiada usaha untuk memberikan tafsiran artikel ini secara rasmi pernah dibuat.
Kebelakangan ini, masyarakat Cina secara lantang menyuarakan kehendak mereka untuk ‘kesama rataan’, sebagai warga Malaysia yang diperuntukan hak. Ini termasuk mendesak agar Dasar Ekonomi dan peruntukan 30% ekuiti kepada Bumiputra dimansuhkan. Sebelum ini, PNB yang diujudkan untuk menentukan kehendak penguasaa ekonomi Bumiputra sebanyak 30% dipenuhi, telah membuka mereka peluang untuk melabur dan 45% pengambilan untuk jawatan awam telah mula dibuka untuk Bukan Melayu, dimana masyarakat Cina mendapat kepentingan. Yang merumitkan lagi, ada pihak chauvinis Cina sengaja melakukan provokasi untuk secara sistematik menguji kesabaran orang Melayu.
Masyarakat Cina wajar menunjuk kesediaan mereka untuk ‘bertolak ansur’ dan kesediaan untuk bekorban, sejajar dengan kedudukan mereka sebagai warga negara. Tanpa bersedia untuk membuat sebarang pengorbanan, maka akan sampai ke satu tahap dimana kaum yang banyak memberikan konsessi untuk menjayakan semangat setiakawan, muhibbah dan ‘kongsi kuasa’ akan merasakan bosan dan menunjukan reaksi negatif. Mungkin akan sampai satu tahap orang Melayu, sebagai kaum majoriti, akan secara lantang mempersoalkan penguasaan etnik Cina dalam ekonomi dan mendesak agar “Ketuanan Ekonomi” ini dimansuhkan, sebagai timbal balas kepada desakan lantang, terutama puak chauvinis Cina menyerang konsep “Ketuanan Melayu”.
Ini adalah masa yang sesuai untuk semua pihak mereliasasikan usaha untuk kemajuan dan pembangunan Malaysia, sebagai negara bermasyarakat majmuk yang berintegrasi sebagai satu negara. Proses mencapai perpaduan tidak akan memberi makna sekiranya salah satu pihak tidak bersedia untuk membuat pengorbanan, malah sentiasa mendesak agar kaum majoriti melakukan sebaliknya.
- Commentary
on December 4, 2008 at 8:12 am Comments (24)