20
Nov

DSAI Menghantar Usul Untuk Menangguhkan Dewan Rakyat

Pada hari Rabu 19hb November 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar satu usul kepada YB Tan Sri Yang Di Pertua Dewan. Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini.

Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion.”

Pada hari Isnin 24hb November 2008, usul tersebut akan dibacakan ataupun dibahas di dalam Dewan Rakyat sekiranya dibenarkan oleh Yang Di Pertua Dewan.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

20
Nov

Malam Muafakat Pakatan Rakyat

Bertempat di Hotel De Palma Ampang, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan sulungnya selepas pilihanraya umum Mac lalu. Majlis dihadiri 60 ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri. Acara dimulakan dengan makan malam yang kemudiannya disusuli ucapan Ustaz Hadi, Kit Siang dan saya sendiri.

Pertemuan tersebut diadakan untuk memperkukuhkan muafakat Pakatan Rakyat serta ruang buat berkongsi dan melontarkan pandangan bagi memperhebat upaya melakukan Perubahan. Selain mengeratkan dan pengukuhan hubungan dikalangan Pakatan Rakyat, perbincangan turut menyentuh serangan media yang dipintal bagi mencipta gambaran negatif serta tidak tepat mengenai pembangkang, terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Prestasi negeri-negeri yang ditadbir juga disentuh selain kesungguhan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di dalam mengangkat mutu perbahasan di tingkat yang sepatutnya. Usaha juga dibuat untuk melibatkan ahli-ahli parlimen BN di dalam kaukus kehakiman dan integriti, kaukus wanita, kaukus demokrasi, kaukus pekerja dan kaukus ISA dan hak asasi.

ANWAR IBRAHIM

19
Nov

Sebutan Kes DSAI esok

Permohonan untuk menyemak semula keputusan samaada perintah pertukaran mahkamah yang ditandatangani Gani Patail tidak sah, akan didengar oleh Hakim Mohamad Zabi­din Mohd Diah esok. Berikut adalah butiran prosiding tersebut:

Tarikh: Hari Khamis, 20hb November 2008
Masa: 9.00 a.m
Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta (mahkamah tinggi)

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

17
Nov

Bantuan Buat Guru KAFA


Tarikh 8 September 2008 merupakan satu tarikh penting kerana ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin agama lain bebas untuk diamalkan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan sentiasa mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Persefahaman ini dicapai kerana kami semua sedar ianya tidak bersalahan dengan agenda Pakatan Rakyat yang sememangnya melewati sebarang sempadan kaum dan budaya.

Pagi ini, saya bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen kami yang dipersetujui 8 November lalu di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Stadium Malawati, Shah Alam. Di majlis tersebut, Tan Sri Khalid mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA, dari RM 738.30 kepada RM 1000 dan elaun penyelia KAFA, dari RM 1112.00 kepada RM1500.

Tahniah buat Tan Sri Khalid dan Kerajaan Pakatan di Selangor. Doa buat guru KAFA agar amanah mendidik umat memantapkan aqidah, akhlak dan shaksiyah dapat dilaksanakan sebaiknya.

ANWAR IBRAHIM

17
Nov

DSAI di Stadium Malawati Hari Ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu perjumpaan dengan guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam pagi ini. Majlis akan turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berikut adalah butiran majlis:

Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam.
Masa: 10.00 pagi.
Tarikh: Isnin, 17 November 2008.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

16
Nov

Ngap Sayot!

Majlis makan malam di Sibu semalam dihadhiri lebih dari tiga ribu orang. Selain menerima penyertaan ADUN Kawasan Ngemah; Gabriel Adit, saya turut mengalu-alukan kemasukan Beginda Minda beserta 12 ribu yang lainnya ke dalam parti.

Jamuan sebegini mungkin saja biasa di kalangan masyarakat Cina saperti mana ketika majlis-majlis ceramah di Semenanjung. Tetapi kehadhiran teman-teman Iban, Dayak, Urang Ulu, Bidayuh, Penan dan Melanau malam tadi mampu dinukilkan sebagai permulaan gerakan rakyat pendalaman. Turut sama hadhir ialah wakil kepimpinan PKR Pusat iaitu saudara Tian Chua dan Dato’ Salehuddin Hashim.

Kehadhiran khalayak dalam majlis semalam jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak juga tidak mahu tertinggal dari menyertai arus perubahan. Ini merupakan petanda baik kerana mesej yang ingin kita bawa jelas melewati sempadan etnik dan kebudayaan. Kerjasama yang lebih akrab di antara PKR dan DAP Sarawak wajar disegerakan. Hayat BN di Sarawak, kian hari sudah sampai ke penghujungnya. Ngap Sayot!

ANWAR IBRAHIM

14
Nov

Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim


Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada 14b November 2008. Permohonan untuk menyemak semula keputusan bahawa perintah pertukaran mahkamah yang ditandatangani Gani Patail tidak sah, akan didengar pada 20 dan 21hb November ini oleh Hakim Mohamad Zabi­din Mohd Diah.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

14
Nov

Memperkasa Kewibawaan & Kebebasan Badan Kehakiman Negara

Semalam, saya beserta dengan beberapa orang ahli Dewan Rakyat telah membentuk Kaukus Parlimen mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman. Undangan telah dihantar kepada semua Ahli Parlimen termasuk juga wakil-wakil Barisan Nasional. Datuk Seri Nazri Aziz merupakan satu-satunya wakil Barisan Nasional yang hadhir menyertai Kaukus ini.

Saya memulakan sidang dengan menekankan peri pentingnya Parlimen berperanan mengawasi kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman negara. Turut diusulkan ialah pelantikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh sebagai pengerusi Kaukus.

Saya ucap terima kasih atas iltizam yang dipamer oleh Datuk Seri Nazri menerusi kehadhiran beliau ke sidang Kaukus semalam.

ANWAR IBRAHIM

13
Nov

Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim


Rakaman Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Ketua Pembangkang pada 11 November 2008

13
Nov

Kes DSAI akan Disebut Esok

Tarikh perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan oleh Mahkamah Sesyen jam 9 pagi, hari Jumaat 14hb November 2008.

Hakim S. M. Komathy pada 7 November lalu menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Keputusan itu dibuat setelah mendapati sijil perakuan di bawah Seksyen 18A Kanun Tatacara Jenayah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

12
Nov

Siaran Langsung Perbahasan Sesi Parlimen

Siaran Langsung Perbahasan Sesi Parlimen

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

11
Nov

Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10/11/08




Pindah kes Anwar didengar 5 Feb

20/11/08 2 comments

Dari Malaysiakini

Permohonan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen bagi mengekalkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah itu akan didengar pada 5 dan 6 Feb tahun depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam utama yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah bagi penangguhan kerana beliau perlu mengendalikan kes lain di Mahkamah Tinggi Komersial hari ini.

Anwar dikecualikan daripada menghadiri pendengaran itu.

Selanjutnya…

Retreat sulung Pakatan di ibu negara hari ini

19/11/08 0 comments

Dari Mstar Online

Oleh G.MANIMARAN

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat, ikatan pembangkang yang ditubuhkan April lalu, mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, di ibu negara hari ini.

Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.

mStar Online difahamkan pertemuan ini bertujuan menyusun strategi Pakatan Rakyat untuk menghadapi beberapa isu semasa termasuk isu sasaran 16 September dijangka menjadi tumpuan.

Selanjutnya…

Damning report on Pempena’s dubious investments

19/11/08 0 comments

From Malaysiakini

By Syed Jaymal Zahiid

An independent audit company’s probe into the controversy-ridden government tourism development company, Pempena Sdn Bhd, has shown that the company, despite its multi-million ringgit investments, has been performing poorly.

PriceWaterhouseCoopers (PWC) in its report, released to the press today, stated that as of June 2008, Pempena had invested a total of RM54.4 million in 24 companies but only four managed to generate profits.

The independent audit firm in its report also showed that Pempena had invested in five non-functional companies. PWC has proposed the company to pull out of these investments, a move that would incur “a loss of approximately RM20 million”.

Selanjutnya…

Karpal gives Zaki 7 days to quit

19/11/08 0 comments

From Malaysiakini

Veteran opposition lawmaker Karpal Singh has given Chief Justice Zaki Azmi a week from today to resign from his post for allegedly admitting to corrupt practices while in private practice.

This came after Karpal claimed for the first time today that there was an audio recording of Zaki’s confession made two weeks ago despite the CJ’s denial of making the remarks.

“Zaki cannot, and should not, deny that he had in fact uttered the words. There is a audio recording of what he said in Kuching,” Karpal, also DAP’s Bukit Gelugor MP, said in a statement today.

Selanjutnya…

A night to mark ‘change in the making’

17/11/08 7 comments

From Malaysiakini
By Tony Thien

“We join tonight, tomorrow we start work.”

These were the words of PKR’s latest elected representative recruit Gabriel Adit Demong, 58.

Adit, who until two days ago was an independent state assemblyperson for Ngemah - a predominantly-Iban constituency in Sarawak’s central region - has on Saturday hosted a 330-table dinner in Sibu with PKR chief Anwar Ibrahim as the guest of honour.

Adit’s speech before a crowd of 4,000 people at Sibu Trade and Exhibition Centre was listened intently by his new boss Anwar, the recently-elected MP for Permatang Pauh and parliamentary opposition leader.

Selanjutnya…

Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu

17/11/08 12 comments

daripada Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 12:30pm

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.
Selanjutnya…

Sarawak state rep leads 12,000 into PKR

16/11/08 56 comments

Malaysiakini | Nov 15, 2008

About 12,000 people in Sarawak, including 6,000 supporters of Ngemah state rep Gabriel Adit, have applied to join PKR.

Their application forms were submitted to PKR de facto leader Anwar Ibrahim at a huge dinner gathering in Sibu tonight which saw more than 4,000 people in attendance.

Also signing up with the opposition party is controversial former PRS Balleh division publicity chief, Beginda Minda.

He was forced to leave the state BN component party following his call on the chief minister and his deputy to step down.

Adit, 58, claimed that he had submitted the application forms for PKR membership from 6,000 of his supporters tonight.

The other 6,000 new applications were believed to be from former PRS members and non-party members.

Selanjutnya…

Bleak Times Ahead: How Deep Is The Hole?

15/11/08 5 comments

From The Nut Graph
By Deborah Loh

YES, we are staring at the gathering clouds of an economic crisis. Sure, economic fundamentals are strong, as government ministers keep saying, but that’s only half the picture.

The other half is the financial scenario, as economic and financial principles are two different things. The sub-prime crisis that began in the US and western countries is essentially a financial problem. But in an interdependent world, a financial crisis in one place could result in an economic crisis in another.

Selanjutnya…

Anwar’s Case Adjourned

15/11/08 4 comments

From The Star Online

By Lisa Goh

KUALA LUMPUR: The prosecution has again tried to move the sodomy trial of Datuk Seri Anwar Ibrahim to the High Court.

The Sessions Court was to set a date for the trial yesterday after ruling against the prosecution’s application on Nov 7 to move the trial saying that the transfer certificate signed by Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail was invalid.

But Senior DPP Mohd Yusof Zainal Abiden told Judge S.M. Komathy Suppiah that the proceedings should be adjourned pending further orders from the High Court following the prosecution’s application to revise her decision.

High Court Justice Mohamad Zabi­din Mohd Diah has set Nov 20 and 21 to hear the application for the revision.

Selanjutnya…

The economy sir, please!

14/11/08 4 comments

From Malaysiakini
By Dzulkefly Ahmad

After the winding-up by the second finance minister on the budget debate at the committee level in the Dewan Rakyat on Nov 11, I felt compelled to write my two-cent worth of thought on our economy.

For a start, news about China’s stimulus package of US$586 billion, or RM2.1 trillion, not capable of counteracting the effect of the US-led slowdown and that the euphoric rally in the Asian bursas lasting only one day, which was Monday, are indeed very frightening.

The RM5 billion injection to shore up ‘undervalued stocks’ by ValueCap, as instructed by the finance minister, flies in your face and how much quicker, you thought, will it dissipate.

Selanjutnya…

Kes Anwar: Rayuan pindah kes didengar 20 Nov

14/11/08 3 comments

Dari Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 November ini untuk mendengar rayuan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Hakim S M Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan rayuan dan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Komathy menolak permohonan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi pada 7 November lalu.

Selanjutnya…

Caucus wants JAC to review jurist promotions

14/11/08 4 comments

From Malaysian Insider
By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Nov 13 - The newly-elected chairman of the Parliamentary Caucus on the Integrity and Independence of the Judiciary wants Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi to include the promotion of judges among the key responsibilities of the soon-to-be-formed Judicial Appointments Committee (JAC).

“What we want is not only the appointment of judges… but also the promotion of judges, especially in light of the appointment of Tan Sri Zaki as Chief Justice,” said Karpal Singh, its first chairman.

Selanjutnya…

Anwar sets up parliamentary caucus on judiciary

13/11/08 3 comments

From Malaysiakini

By Rahmah Ghazali

Opposition leader Anwar Ibrahim has announced the formation of a parliamentary caucus on the integrity and independence of the judiciary.

Speaking at a press conference in Parliament today, Anwar, who is also Permatang Pauh MP, said that the caucus will be established “notwithstanding the initiatives forwarded by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to set up a judicial commission”.

“We have yet to see the papers (on the judicial commission) and I think it is appropriate for the caucus to elaborate on this issue,” he said, adding that the caucus will hold its first meeting tomorrow.

Selanjutnya…




Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930